Garispanduan Permohonan Penerbangan Operasi Dron Bagi Kategori di Bawah 250 Gram


Keperluan Pematuhan Sebelum Permohonan

1. Pemohon boleh mendapatkan maklumat lengkap yang berkaitan dilaman web rasmi Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM).
2. Pendaftaran bagi kategori dron dibawah 250 gram ini hanya dibuka untuk aktiviti hobi dan rekreasi sahaja. Penggunaan dron bagi aktiviti-aktiviti lain seperti pertanian, pemetaan, penyelenggaraan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
3. Pendaftaran bagi kategori dron dibawah 250 gram ini hanya dibuka kepada pengendali dron tempatan yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berstatus warganegara Malaysia sahaja.
4. Bagi mendapatkan ID Operator (kebenaran menerbangkan dron), individu yang telah selesai membuat pendaftaran perlu menduduki peperiksaan secara atas talian (online) secara percuma dilaman web rasmi Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM).
5. Peperiksaan secara atas talian ini (online) mengandungi 40 soalan objektif. Peserta perlu mencapai markah kelulusan 100% bagi melayakkan ID Operator dikeluarkan.
6. Peserta dibenarkan untuk menduduki ujian ini secara ulangan sehingga berjaya memperolehi markah keseluruhan 100%.
7. Dron yang didaftarkan mestilah terdiri dari senarai pengeluar/jenis dron yang telah mendapat pengiktirafan dari pihak SIRIM (Standard and Industrial Research Institute of Malaysia) & MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission). Untuk tempoh percubaan, hanya 13 jenis dron bawah 250 gram sahaja boleh didaftarkan. (Rujuk senarai dron yang dibenarkan di bawah)
8. Pengendali dron (operator) adalah di galakkan untuk mengambil insurans sebagai tanggungjawab bagi pihak ketiga (third party liability).
9. Denda atau penalti akan dikenakan mengikut peraturan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sekiranya pengendali dron (operator) didapati telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
 - Syarikat : Denda sebanyak RM100,000 atau 3 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
 - Individu : Denda sebanyak RM50,000 atau 3 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Keperluan Pematuhan Semasa Penerbangan

1. Dron yang diterbangkan perlulah menggunakan kaedah VLOS (Visual Line of Sight) iaitu dalam garis penglihatan visual (dalam parameter 300 meter).
2. Jarak ketinggian dron yang diterbangkan adalah tidak melebihi 30 meter (100 kaki) dari aras tanah.
3. Drone yang diterbangkan TIDAK digunakan untuk membawa sebarang barangan berbahaya seperti berikut :
 a. Bahan letupan
 b. Pepejal mudah terbakar
 c. Cecair mudah terbakar
 d. Bahan pengoksidaan dan peroksida organik
 e. Bahan toksik dan berjangkit
 f. Bahan radioaktif
 g. Bahan menghakis
 h. Pelbagai bahan dan artikel berbahaya, termasuk bahan berbahaya kepada alam sekitar

4. Dron yang diterbangkan juga TIDAK digunakan untuk menjatuhkan sebarang artikel bagi tujuan pengiklanan, promosi, propaganda dan sebagainya.
5. Dron yang diterbangkan bukan diatas kawasan perhimpunan atau tumpuan orang ramai.
6. Dron yang digunakan TIDAK boleh diubah suai samada dari aspek rupa bentuk fizikal, kelajuan, jangka hayat bateri dan sebagainya.
7. Kelajuan maksimum dron yang dibenarkan adalah tidak melebihi 19 m/s.
8. Sebagai langkah keselamatan tambahan, setiap pengendali (operator) dron perlulah mempunyai pembantu semasa menerbangkan dron di lapangan.
9. Penerbangan Dron pada waktu malam adalah dibenarkan dengan syarat penerbangan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Aktiviti penerbangan malam perlulah dilaksanakan dalam parameter kawasan yang terkawal. Pilot Dron yang menerbangkan Dron pada waktu malam perlu memastikan penerbangan dron dapat dijalankan dengan selamat tanpa membahayakan kru, aset, orang awam dan harta benda sepanjang penerbangan Dron dijalankan.

10. Pengendali dron hendaklah memastikan bahawa ia TIDAK di bawah pengaruh alcohol atau dadah semasa mengendalikan dron di lapangan.
11. Setiap penerbangan dron akan dipantau oleh agensi kawal selia yang terlibat.
12. Pengendali dron hanya dibenarkan menerbangkan dron dikawasan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM Sabah. (Rujuk senarai lokasi khusus untuk di bawah).

Keperluan Pematuhan Selepas Penerbangan

1. Sebagai melindungi maklumat peribadi dan privasi awam, setiap imej atau video yang ingin digunakan hasil dari penerbangan dron yang telah dijalankan perlulah melalui proses tapisan serta mendapat kebenaran dari individu yang terlibat sebagai mematuhi isu keselamatan berkaitan maklumat peribadi dan privasi.

2. Sekiranya pengendali dron (operator) mendapati dron yang digunakan telah hilang, rosak Atau ingin menjualnya kepada pemilik lain, pembatalan pendaftaran perlulah dibuat terlebih dahulu secara dalam talian (online) dilaman web Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM). Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada risiko keselamatan yang tinggi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peraturan oleh pemilik baru.

3. Jika dron yang telah didaftarkan dijual kepada orang lain, anda perlu membatalkan pendaftaran dron yang telah dibuat. Ini bagi memastikan tanggungjawab terhadap dron yang berkenaan telah berpindah kepada pemilik baharu.


Senarai Dron Yang Dibenarkan

No.
1 DJI Tello
2 DJI Mini 2
3 DJI Mini SE
4 DJI Mini 3
5 DJI mavic Mini
6 Autel EVO Nano
7 Autel EVO Nano+
8 SYMA X15A
9 SYMA S107H
10 SYMA X26
11 SYMA X22SW
12 Xiaomi Mi Drone Mini
13 Advansia ADV-10


Lokasi Khusus untuk Dron Bawah 250 Gram

No. Daerah Lokasi Spesifik
1 Kota Kinabalu Masjid Bandaraya Teluk Likas
5°59'44.1"N 116°06'28.1"E
2 Penampang Donggongon Sport Complex
5°54'54.1"N 116°06'23.4"E
3 Papar Langkah Syabas Kinarut
5°49'36.6"N 116°01'29.9"E


Pantai Manis
5°44'15.8"N 115°53'57.7"E
4 Tamparuli Borneo Zip Line
6°05'56.8"N 116°16'24.0"E


Kiulu Rafting
6°03'45.1"N 116°16'48.0"E
5 Kota Belud Kawasan Perkhemahan Melangkap
6°09'59.2"N 116°28'48.9"E
6 Tenom Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang
5°10'16.1"N 115°59'15.9"E
7 Kudat Simpang Mengayau (Tips of Berneo)
7°02'12.3"N 116°44'33.4"E
8 Kuala Penyu Tempurung Sea Side (Resort)
5°32'05.5"N 115°32'28.2"E
9 Tawau Kompleks Sukan Tawau
4°17'29.7"N 117°53'03.7"E


Kawasan Rekreasi Sabindo
4°14'27.1"N 117°53'10.4"E
10 Sandakan Kawasan Rekreasi Bandar IJM
5°50'23.4"N 118°06'53.7"E


Saya telah membaca dengan teliti dan memahami sepenuhnya panduan di atas. Saya bersedia untuk meneruskan pendaftaran saya.
Slia tanda checkbok untuk mengesahkan anda memahami panduan sebelum anda klik daftar.